Pages

ads by nuffnang

Thursday, May 31, 2012

Penjagaan Bayi Baru Lahir: Strategi bagi Ibu Bapa yang Tertekan



Pengenalan
Aktiviti harian akan menjadi kelam-kabut selepas kelahiran bayi. Penjagaan bayi yang baru lahir mungkin dilihat sebagai terhad kepada penyusuan, mandi, menukar lampin dan memujuk - namun begitu, terdapat penjagaan lain yang diperlukan oleh bayi selain daripada penjagaan asas ini. Penjagaan kesihatan bayi yang lain termasuklah penjagaan kulit bayi, memahami tangisan bayi dan membantu dalam perkembangan bayi.
Penyusuan Bayi: Apa yang Perlu Diketahui
Susu ibu merupakan makanan yang paling sesuai bagi bayi. Penyusuan susu ibu memberikan faedah dari segi fizikal dan emosi kepada ibu dan bayi. Penyusuan susu ibu bagi 6 bulan yang pertama adalah sangat digalakkan.
Menyusui bayi mengikut permintaan: Lebih kurang 8-12 kali sehari. Biasanya selepas 2-3 bulan bayi akan berpuas hati dengan penyusuan sebanyak 6-8 kali sehari.
Mengikuti cara bayi anda menyusu: seperti mengocak (stirring), menggeliat (stretching), pergerakan menghisap dan pergerakan bibir.
Mengetahui bila bayi anda kenyang: apabila bayi berhenti menghisap, menutup mulut atau mengalih dari puting, dia mungkin kekenyangan atau berehat sebentar. Cuba memberi bayi sendawa atau menunggu sebentar sebelum menyusui sekali lagi. Sekiranya bayi kenyang, bayi akan mengelak daripada disusui.
Menyusu dengan mencukupi: Ibu bapa sentiasa risau sama ada bayi mereka menyusu dengan mencukupi atau tidak. Beberapa panduan berikut mungkin dapat membantu. Perhatikan kepuasan bayi antara masa penyusuan, kesedaran bayi, kesihatan kulit dan peningkatan berat badan. Bayi anda mungkin tidak menyusu dengan secukupnya sekiranya dia kurang membuang air besar atau air kecil dan lampin perlu ditukar kurang daripada 6-8 kali sekali, atau dia sentiasa tidur sepanjang masa. Jika anda mensyaki yang bayi anda mungkin tidak menyusu dengan mencukupi, anda perlu membawanya untuk berjumpa dengan doktor.
Bila bayi sentiasa menangis: lapar, perlu ditukarkan lampin, perlu sendawa, letih, perlu di dodoi, hendak menukar kedudukan atau berasa tidak selesa.
Anda mungkin berasa tertekan sekiranya bayi anda menangis secara berterusan tanpa henti. Namun, anda mesti cuba terus tenang sepanjang masa dan jangan menggoncang bayi kerana ini boleh menyebabkan kecederaan yang serius.
Bayi dilahirkan terlalu awal
Kadang-kala bayi akan dilahirkan dengan lebih awal daripada yang dijangkakan disebabkan oleh faktor-faktor tertentu.
Bayi tidak cukup bulan mempunyai keperluan khas:
Sekiranya bayi dilahirkan terlalu awal, bayi perlu diberikan penjagaan di Unit Penjagaan Khas yang disediakan untuk bayi yang baru dilahirkan.
Antara masalah yang akan dibincangkan oleh doktor adalah seperti berikut:
  • Masalah pernafasan
  • Memerlukan bantuan untuk mengekalkan suhu badan
  • Masalah penyusuan
  • Kesenangan mendapat jangkitan
  • Episod berhenti bernafas (apnea), dan
  • Pendarahan dalam otak, terutamanya bagi bayi yang dilahirkan sebelum minggu ke 34. Komplikasi jangka masa panjang adalah masalah pendengaran atau penglihatan, dan kelewatan perkembangan atau kelemahan dalam pembelajaran.
Penjagaan kulit bayi - bayi mungkin ada keadaan-keadaan berikut:
  • "Infantile seborrheic dermatitis", yang juga dikenali sebagai 'cradle cap', menyebabkan tompokan sisik di kulit kepala. Walaupun tidak serius, ia boleh mengakibatkan kerak yang keras dan sisik putih atau kuning. "Cradle cap' biasanya akan hilang dengan sendiri dalam beberapa bulan, namun mencuci kepala bayi setiap hari menggunakan syampu boleh membantu untuk mengurangkan dan menghilangkan sisik. Berjumpa dengan doktor jika 'cradle cap' masih kekal atau kelihatan semakin serius.
  • "Diaper rash" merupakan ruam biasa disebabkan oleh menggunakan lampin yang basah dengan agak lama. Ia dirawat dengan memberikan pengudaraan pada bahagian bawah bayi. Pastikan bahagian bawah bayi bersih dan kering sepanjang masa untuk mengelakkan daripada 'diaper rash'. Jumpa dengan doktor sekiranya ruam tidak hilang.
  • "Miliaria crystallina" atau dipanggil 'milia' adalah benjolan kecil berwarna putih di bahagian hidung, dagu dan pipi. Kebanyakan bayi yang lahir mempunyai 'milia' yang terjadi apabila cebisan kulit yang sangat kecil tersangkut dalam kantung yang kecil berdekatan dengan permukaan kulit bayi. Kebanyakan kes 'milia' akan hilang dengan sendirinya dalam beberapa minggu.
  • Jangkitan "yeast" adalah ruam berwarna merah terang pada bahagian bawah bayi, atau bahagian lain di mana kulit bersentuhan dengan kulit. Jangkitan "yeast" disebabkan oleh mikroorganisma (Candida albicans) yang terdapat di persekitaran yang panas dan lembap. Ia biasanya dirawat dengan krim anti kulat.
  • "Oral Thrush" merupakan satu lagi masalah yang sering terdapat di mulut bayi. Lapisan putih yang biasanya dilihat di bahagian lidah, pipi dan lelangit merupakan jangkitan oleh kulat Candida albicans. Anda dinasihati supaya membawa bayi anda berjumpa dengan doktor untuk mendapat rawatan.
Mengurut Bayi
Sejak beberapa tahun yang lalu, terdapat banyak kajian telah dibuat dalam bidang mengurut bayi.
Mengurut bayi menggunakan sentuhan, mengurut dan refleksologi bagi mempromosi kesihatan bayi. Mengurut bayi meningkatkan perkembangan bayi termasuk otak, fizikal, emosi, mental dan perkembangan sosial.
Ada terdapat bukti bahawa sentuhan kasih sayang dapat membantu bayi membesar dan berkembang. Bayi yang diurut kerap kali oleh ibu bapa biasanya kurang menangis berbanding dengan bayi yang tidak diurut. Ia mungkin berkait dengan fakta di mana bayi akan tidur dengan lebih lama dan menghasilkan kurang hormon tekanan berbanding dengan bayi yang tidak diurut. Selain itu, terdapat peningkatan dalam fungsi sistem pencernaan.
Memandangkan terdapat begitu banyak faedah mengurut, ibu bapa kepada bayi yang tidak cukup bulan digalakkan mengurut bayi mereka untuk membantu tumbesaran dan perkembangan bayi.
Sentuhan yang lembut dan penuh kasih sayang dapat meningkatkan ikatan anda dengan bayi anda melalui komunikasi secara positif dan pemeliharaan hubungan. Bercakap atau menyanyi kepada bayi semasa mengurut dapat membantu bayi untuk mempelajari bahasa. Pengekalan hubungan mata semasa mengurut adalah penting untuk komunikasi dan mengenali isyarat bayi.
Faedah-faedah mengurut termasuk:
  • Menyokong proses ikatan (bonding) antara anda dan bayi anda,
  • Melegakan tekanan otot yang disebabkan oleh 'motor skills acquisition',
  • Menenangkan bayi dan melegakan simptom 'colic',
  • Menyumbangkan kepada perkembangan otak dan motor serta keyakinan diri, dan
  • Membantu bayi mempelajari postur yang betul dan cara pergerakan.

Menangis Berterusan



Pengenalan
Menangis berterusan adalah masalah bayi yang biasa kepada ibubapa atau penjaga bayi baru lahir atau bayi berusia kurang dari satu tahun. Menangis adalah satu cara bayi berhubung untuk menunjukkan mereka mempunyai masalah atau tidak selesa.
Tanda dan Gejala
Bayi biasanya akan menangis apabila :
  • Lapar dan dahaga.
  • Mengantuk atau letih.
  • Kesejukan atau basah.
  • Minta didukung.
  • Perlu ditukarkan lampin.
  • Dalam kesakitan atau tidak selesa.
Menangis berterusan boleh ditafsirkan sebagai :
  • Menangis berterusan pada jangka masa yang lama.
  • Menangis meskipun semua keperluan dipenuhi
  • Menangis dengan nada yang berbeza dari tangisan biasa
  • Menangis disertai dengan pergerakan luar biasa seperti bayi menangis sambil mengangkat kedua-dua kaki ke atas.
Keadaan tertentu yang boleh menyebabkan bayi menangis berterusan:
  • Perut memulas.
  • Penyakit.
Rawatan
Beri perhatian dengan segera apabila bayi anda menangis. Pengalaman dan masa mengajar anda mengenali keperluan bayi anda dan bertindaklah mengikut keperluan.
  • Bayi yang menangis akibat lewat diberi susu akan dapat diatasi dengan tidak melengahkan masa pemberian susu.
  • Bayi yang lampinnya basah akibat kencing atau berak hanya perlu ditukarkan lampin.
  • Bayi yang kesejukan akan selesa apabila dibalut dengan selimut atau pakaian yang dihangatkan terlebih dahulu.
  • Periksa seandainya ada keadaan yang boleh menyebabkan kesakitan, seperti pin lampin terbuka atau disengat serangga.
  • Memeluk rapat bayi anda dan menghayunkanya perlahan-lahan.
  • Urutan atau usapan lembut di belakang atau didada bayi.
Kadangkala bayi menangis berterusan meskipun segala usaha telah diambil untuk memujuknya. Anda mesti bertenang dan tidak tertekan kerana jika tidak perasaan bayi anda akan lebih terganggu. Jangan sesekali mengoncang bayi anda kerana ini boleh mengakibatkan kecederaan teruk kepada leher dan otak bayi anda. Sekiranya anda rasa tertekan / keletihan minta bantuan kawan atau ahli keluarga yang lain mengambil alih menjaga bayi anda sementara. Ambil masa anda untuk bertenang sebelum meneruskan penjagaan bayi anda.
Perut Memulas
Menangis akibat perut memulas didefinisikan sebagai tangisan berlebihan selama tiga jam atau lebih (dalam sehari) dan biasanya akan hilang dalam tempoh 3 bulan pertama usia bayi. Sekiranya bayi anda menangis sambil mengangkat kakinya ke atas dan banyak mengeluarkan angin ini menunjukkan bayi anda mengalami perut memulas. Cara menanganinya :
  • Pegang bayi anda duduk menegak semasa penyusuan dan sedawakan bayi selepas penyusuan. Dukung bayi anda berjalan-jalan dengan kedudukan bayi tegak di bahu anda atau goyang bayi anda dengan lembut boleh melegakannya.
  • Jika menangis berterusan, dapatkan rawatan segera.
Penyakit
Sila ambil perhatian apabila bayi menangis berterusan ini adalah satu petanda penyakit yang teruk.
Sekiranya bayi anda masih menangis berterusan meskipun semua cara di atas telah diambil untuk memujuk atau ada petanda selain disebutkan di atas, jangan ragu terus mendapatkan rawatan di hospital.

Kembung Perut


Apa itu kembung perut (Colic)?
Kembung perut biasanya dikaitkan dengan bayi yang menangis disebabkan oleh sakit perut.
Diagnosa ditentukan berdasarkan ciri-ciri berikut:
  • Bayi menangis berterusan atau kerap menangis buat masa yang lama tanpa sebab-sebab yang jelas.
  • Masalah ini berlarutan selama 2-4 jam sehari untuk sekurang-kurangnya 5 hari seminggu dan selalunya bermula pada umur bayi 2-3 minggu dan beransur kurang/pulih apabila bayi mencapai umur 3-4 bulan.
Mengapakah sesetengah bayi mengalami kembung perut?
Sebab tidak diketahui. Beberapa teori termasuk :
  • Usus :
    • Alah kepada protein susu lembu.
    • Alah kepada laktosa.
    • Usus belum matang. Pencernaan karbohidrat yang tidak sempurna akan menyebabkan kembung dengan "angin" yang berlebihan.
    • Ketidakselesaan disebabkan "angin".
  • Biologi :
    • Cara menyusu : kurang atau lebih menyusu dan kurang sendawakan bayi.
    • Terdedah kepada asap rokok. Ibu yang merokok sewaktu mengandung atau di dalam pantang akan menyebabkan bayi berisiko tinggi untuk kembung perut.
  • Psikososial
    • Ibu bapa yang tertekan.
  • Lain-lain
    • Sistem saraf bayi yang belum matang menyebabkan ia lebih sensitif kepada faktor persekitaran.
Adakah ramai bayi yang mengalami masalah ini?
Dianggarkan 1 hingga 5 dalam 10 bayi mengalami kembung perut. Apakah tanda-tanda bayi anda mengalami kembung perut? Bayi akan selalunya :
  • Menangis sekuat hati dalam jangka masa yang lama.
  • Di ikuti menarik kedua belah kaki ditarik ke perut dan tangan dikepal.
  • Tidak selalunya berkait dengan perut buncit, muntah, demam atau tanda- tanda penyakit yang lain
Adakah kembung perut akan menyebabkan masalah serius yang lain?
  • Kebiasaannya bayi akan sihat dan boleh membesar dengan baik.
  • Bagaimanapun, masalah ini mungkin boleh menyebabkan tekanan perasaan dan kebimbangan di kalangan ahli keluarga.
  • Ibu bapa merasa kecewa dan risau melihat keadaan bayinya.
Bagaimanakah untuk mengelakkan masalah ini?
  • Tiada rawatan yang khusus. Keadaan ini akan pulih dengan sendiri apabila bayi berumur 3-4 bulan.
  • Jika anak anda kembung perut :
    • Elakkan terlalu kerap mengangkat bayi ketika ia merengek.
    • Selimutkan bayi sehingga selesa dan dodoikan dengan lemah lembut
    • Kurangkan bunyi bising
    • Bawa bayi anda bersiar-siar
    • JANGAN SEKALI-KALI MENGGONCANG BAYI ANDA
    • Jika ibu bapa merasa tertekan atau penat, cuba dapatkan bantuan orang lain untuk menjaga bayi dan ambil rehat yang secukupnya.
Dapatkan nasihat doktor jika :
  • Tangisan bayi anda seperti di dalam kesakitan.
  • Ada masalah lain seperti muntah, perut buncit, cirit-birit atau sembelit.
  • Bayi anda demam
  • Ibu bapa terlalu bimbang atau penat dan tidak boleh menangani masalah ini sendiri.
Apakah ubat yang boleh membantu?
  • Tiada ubat yang berkesan untuk meredakan kembung perut.
  • Anda boleh mencuba ubat untuk "angin" atau "colic" dan sejenis ubat bernama "dimethicone" untuk mengurangkan rasa kembung.
Bagaimanakah untuk mengelakkan masalah ini?
Jika bayi anda menghisap susu botol:
  • Amalkan teknik penyusuan yang betul, pastikan saiz puting yang sesuai dan sendawakan bayi anda di antara penyusuan.
  • Cuba tukar susu contohnya susu soya selepas merujuk kepada doktor anda.
Jika bayi menyusu badan :
  • Teruskan penyusuan susu ibu, tetapi ibu perlu mengelakkan makanan tertentu seperti kobis, broccoli, bunga kobis, kafein dan makanan yang dibuat dari susu lembu.
Peringatan
  • Kembung perut (colic) adalah masalah yang mencabar tetapi ia tidak menimbulkan kesan bahaya kepada bayi pada masa akan datang. Diagnosa yang tepat adalah penting.
  • Dapatkan nasihat doktor jika:
    • Diagnosa tidak dapat dipastikan
    • Adanya tanda-tanda penyakit serius yang lain.

Gaya Tidur Bayi Baru Lahir



Pengenalan
Pada keseluruhannya, bayi akan lebih tidur pada waktu siang dan malam hari, ia hanya akan terjaga apabila tiba waktu makan.
Bayi yang baru lahir tidak dapat membezakan siang atau malam dan boleh tidur dalam purata 16 jam sehari, 2-4 jam terus menerus di antara waktu makan.
Gaya Tidur
Setiap bayi mempunyai keunikan gaya tidur secara tersendiri.
  • Bayi yang baru lahir pada keseluruhannya akan tidur 16-20 jam sehari dan terjaga apabila tiba waktu makan.
  • Masa terpanjang untuk bayi tidur selalunya 4-5 jam bergantung kepada daya tahan lapar.
  • Tiada jadual tidur yang tetap untuk bayi yang baru lahir. Pada biasanya, bayi akan mula mengenali waktu malam ketika berumur 3 bulan. Lebih kurang 90% bayi pada peringkat ini akan tidur sepanjang malam, iaitu 6-8 jam.
  • Kadang-kala bayi akan menangis atau membuat bunyi-bunyian jika tidak nyenyak tidur. Mereka akan terbangun dengan sendirinya semasa tidur di waktu malam. Ibu bapa tidak perlu risau pada ganggguan ini kerana bayi perlu belajar untuk berada dalam keadaan ini.
  • Sekiranya bayi anda menangis berterusan selama beberapa minit, anda perlu memberi perhatian. Bayi mungkin lapar, basah, sejuk, tidak sihat atau sakit. Beri perhatian dengan segera tanpa perhatian yang berlebihan kerana bayi perlu meneruskan tidurnya.
Posisi Tidur
American Academy of Paediatrics mencadangkan posisi tidur yang sihat bagi bayi adalah "TIDUR TERLENTANG" dan bukan meniarap atau mengiring. Kejadian kematian bayi secara mengejut (Sudden Infant Death Syndrome-SIDS) telah berkurangan ke 50% semenjak posisi tidur ini dicadangkan pada tahun 1992. Posisi ini dikecualikan pada bayi yang cacat di bahagian kepala atau mempunyai lidah besar yang akan menyekat penafasan.
Tempat Tidur
Cadangan tempat tidur bayi :
  • Tidurkan bayi secara terlentang di atas tilam yang padat dan kemas di katil bayi mengikut tahap keselamatan terkini.
  • Jangan menggunakan bantal, pelapik tilam, selimut, permainan yang ada isi-isian dan penghadang katil yang tidak selamat.
  • Jika menggunakan selimut, posisikan kaki bayi di penghujung palang katil.
  • Selimutkan bayi dengan selimut yang nipis ke paras dadanya.
  • Pastikan kepala bayi tidak tertutup dengan selimut apabila tidur.
  • Jangan tidurkan bayi atas tilam air, sofa, tilam yang lembut, bantal atau di permukaan yang lembut.
  • Pastikan bayi memakai pakaian yang nipis semasa tidur dengan suhu bilik yang sesuai.
  • Elakkan menyelimut bayi secara berlebihan dan pastikan suhu badan bayi tidak panas.
  • Bayi sepatutnya tidur terlentang. Bayi boleh ditiarapkan ketika jaga untuk perkembangan otot, mata dan bagi mengelakkan belakang kepala bayi menjadi leper.
Mengikut laporan, bayi yang berkongsi katil dengan orang lain boleh membahayakan bayi tersebut. Ikutilah panduan berikut:-
  • Letakkan katil bayi berdekatan dengan katil ibu bapa untuk memudahkan penyusuan ibu dan sentuhan.
  • Sekiranya ibu memilih untuk menyusukan bayi di atas katil, pastikan bayi tidak tidur dalam posisi meniarap di permukaan tilam yang lembut atau cadar yang tidak kemas/longgar. Katil perlu dijauhkan daripada dinding dan perabot untuk mengelakkan bayi daripada tersepit.
  • Orang dewasa selain daripada ibu bapa, anak-anak yang lain tidak boleh berkongsi tempat tidur dengan bayi.
  • Ibu atau bapa yang memilih untuk berkongsi tempat tidur dengan bayi tidak boleh merokok, menggunakan dadah atau mengambil alkohol yang akan membahayakan penjagaan bayi.
Membantu Bayi Tidur
Anda boleh menidurkan bayi anda dengan mengenal pasti masa yang sesuai untuk tidur, menyediakan tempat tidur yang selesa dan selamat.
  • Hindarkan rangsangan yang berlebihan ketika menyusukan bayi di waktu malam dan ketika menukar lampin.
  • Gelapkan bilik dan pastikan bilik adalah selesa dan senyap.
  • Pakar menasihatkan agar bayi dipangku sebelum tidur dan di alih ke katil sebelum bayi tidur. Dengan cara ini bayi akan belajar tidur dengan sendiri.
  • Memainkan muzik yang berirama perlahan apabila tiba waktu tidur, dengan muzik ia boleh membentuk jadual tidur berkala.

Besar Dari Usia Kandungan (LGA)



Apakah itu bayi besar dari usia kandungan?
Kebiasaan bayi normal mempunyai berat badan dalam lingkungan 3.4 kg hingga 3.5 kg. Bayi besar dari usia kandungan adalah lebih besar daripada bayi normal.
Bayi besar dari usia kandungan adalah bayi yang mempunyai:
  • Berat lahir adalah melebihi 90th percentile untuk usia kandungannya (umur kandungan dalam kiraan minggu).
  • Bayi-bayi ini mempunyai berat lebih daripada 90% dari semua bayi di dalam lingkungan usia kandungan yang sama.
  • Bayi-bayi yang mana beratnya berada di dalam kawasan melebihi garisan 90% di dalam carta pertumbuhan bayi dalam kandungan - sila lihat gambarajah.
  • Secara amnya, bayi yang cukup bulan dan berat badannya melebihi 4 kg adalah di anggap bayi besar dari usia kandungan.
Apakah penyebab bayi besar dari usia kandungan?
Beberapa sebab-sebab telah dikenal pasti, ianya termasuk :
  • Keturunan - ibu bapa yang besar melahirkan bayi yang besar.
  • Terlalu banyak kenaikan berat badan ibu semasa mengandung.
  • Ibu dengan paras gula tinggi di dalam darah semasa mengandung - contoh: ibu yang mengidap kencing manis semasa mengandung.
Apakah ciri-ciri bayi besar dari usia kandungan?
Bayi besar dari usia kandungan mungkin normal atau mungkin mempunyai ciri-ciri seperti di bawah:
  • Macrosomia (bayi dengan badan yang besar).
  • Warna kulit sangat merah (plethora).
  • Kecacatan masa lahir - bayi yang ibunya mengidap kencing manis berisiko tinggi mendapat penyakit jantung sejak lahir, kecacatan saraf tunjang dan kecacatan anggota kaki dan tangan.
  • Kesukaran bernafas.
  • Keletihan - disebabkan oleh kekurangan gula dalam darah.
Apakah masalah-masalah lain yang berkait dengan bayi besar dari usia kandungan?
  • Kadar kelahiran secara pembedahan adalah tinggi.
  • Kesukaran kelahiran yang menyebabkan kecederaan semasa lahir. Ini termasuk pendarahan di bawah kulit kepala, patah tulang dan lemah/lumpuh anggota tangan (Erb's palsy - yang berkait dengan kecederaan saraf flexus berhampiran dengan bahu).
  • Proses bersalin yang lama boleh menyebabkan kurangnya oksigen dibekalkan kepada bayi dan kemungkinan menyebabkan kecacatan fizikal dan mental dalam jangkamasa yang panjang.
Bagaimana bayi besar dari usia kandungan perlu dirawat?
Rawatan spesifik adalah berasaskan kepada keperluan dan keadaan bayi. Pada asasnya, bayi besar dari usia kandungan perlu:
  • Diperiksa untuk sebarang kecacatan / kecederaan semasa lahir.
  • Memeriksa kandungan gula dalam darah.
  • Penyusuan bayi dimulakan awal dan kerap.
Sesetengah bayi mungkin perlu dimasukkan ke wad neonat untuk:
  • Rawatan cecair intravena / dextrose (cecair yang diberi ke dalam salur darah).
  • Sokongan pernafasan.
  • Penukaran darah.
  • Fototerapi.
  • Fisioterapi.
Bolehkah kita mengelakkan bayi dari menjadi besar dari usia kandungan?
Penjagaan semasa mengandung adalah sangat penting :
  • Memantau kesihatan ibu-ibu.
  • Merawat sebarang penyakit yang dihidapi oleh ibu-ibu - contoh : kencing manis.
  • Memantau pertumbesaran bayi.
  • Periksa sebarang kecacatan bayi semasa di dalam kandungan.
  • Rancang kelahiran yang selamat.
Langkah-langkah ini mungkin dapat menolong di dalam mengelakkan bayi menjadi besar dari usia kandungan atau dalam menangani masalah bayi yang besar dari usia kandungan secara berkesan.
Pemulihan
Bayi-bayi yang mengalami kecederaan semasa lahir perlu terapi yang khusus. Contohnya: Fisioterapi adalah perlu kepada bayi dengan kelumpuhan Erb's.

Bayi Pramatang


Bayi Pramatang

Bilakah bayi dikatakan pramatang?
Kebanyakan bayi yang dilahirkan dalam lingkungan 40 minggu usia kandungan. Bayi dikatakan matang jika lahir di antara 37-42 minggu usia kandungan. Jika bayi dilahirkan sebelum 37 minggu usia kandungan ianya dikatakan pramatang.
Adakah ramai bayi dilahirkan pramatang?
Insiden bayi pramatang berbeza-beza di antara Negara. Di Malaysia lebih kurang 8% bayi yang dilahirkan adalah pramatang.
Mengapakah bayi dilahirkan pramatang?
Sebab-sebab kejadian selalunya tidak diketahui,tetapi kadang-kadang diikuti dengan:
  • Pecah mentuban awal yang mana disebabkan infeksi air mentuban dan selaput mentuban.
  • Kelahiran bersalin tidak cukup bulan.
  • Pernah mengalami kelahiran pramatang.
  • Kandungan lebih dari satu contoh kembar 2 atau 3 dan seterusnya.
  • Uterus dan serviks yang luar biasa.
  • Kandungan yang mempunyai komplikasi, contoh: tekanan darah tinggi semasa mengandung dan uri di bawah.
  • Kurang sokongan sosial.
  • Pengambilan alkohol, dadah merbahaya dan merokok semasa mengandung.
  • Jangkitan pada salur kencing.
  • Jangkitan sejak lahir di dalam uterus.
  • Kecacatan semula jadi sejak lahir.
Bagaimana rupa dan tingkah laku bayi pramatang?
  • Bayi pramatang dilahirkan kecil dan mempunyai sifat-sifat pramatang dan bergantung pada usia kandungan.
  • Berat badan bayi pramatang selalunya antara 500gm untuk usia kandungan 22 minggu hingga 1000gm untuk 28 minggu dan 1500gm untuk 32 minggu dan 2.5 kg untuk 37 minggu.
  • Tanda-tanda dan gejala bergantung pada komplikasi.
  • Kemungkinan mengalami tanda-tanda masalah pernafasan contoh nafas berbunyi, hidung kembang kempis, nafas kencang, kulit berwarna biru dan suhu badan tidak stabil.
Patutkah kita risau jika bayi dilahirkan pramatang?
Pra matang adalah berkaitan dengan komplikasi yang mungkin berlaku, lebih pramatang maka lebih tinggi risiko untuk setiap komplikasi. Komplikasi awal dan pertengahan adalah termasuk:
  • Sindrom kesesakan nafas di sebabkan kekurangan cecair yang dipanggil serakan di dalam paru-paru.
  • Pendarahan di dalam otak yang melibatkan kapilari darah di sekitar ventrikel di dalam otak.
  • Jaundis (Perubahan warna kekuningan di kulit dan di putih mata disebabkan sistem metabolisme bilirubin yang tidak matang).
  • Masalah dan kesukaran penyusuan disebabkan usus yang pramatang.
  • Jangkitan di dalam darah (septisemia), paru-paru (radang paru-paru), selaput di sekeliling otak dan saraf tunjang dan pereputan usus (Necrotising Enterocolitis).
  • Penyakit retina yang tidak matang (Retinopathy of prematurity) - satu keadaan pertumbuhan salur darah di dalam mata yang tidak matang.
  • Penyakit paru-paru yang kronik hasil dari kerosakan paru-paru disebabkan pramatang, penggunaan oksigen dan terapi ventilasi.
  • Salur darah yang menyambung antara jantung dan paru-paru tidak tertutup (Patent Ductus arteriosus) yang mana boleh menyebabkan kesesakan dalam pernafasan atau kegagalan jantung berfungsi.
  • Inguinal hernia di mana disebabkan kelemahan otot-otot di pelipat paha.
Komplikasi Lewat :
  • Serebral palsi
  • Kecacatan otak
  • Sawan (Epilepsy)
  • Buta
  • Pekak
  • Ketidakupayaan untuk Belajar
  • Perkembangan Lambat
  • Pembesaran Perlahan
Kadar kematian adalah tinggi walaupun mendapat rawatan rapi, bayi yang dilahirkan antara 26-28 minggu usia kandungan mengalami kadar kematian antara 30%- 50% manakala bayi yang dilahirkan sebelum 26 minggu usia kandungan mempunyai kadar kematian antara 80-100%. Lebih matang seseorang bayi maka peluang untuk hidup adalah tinggi. Bayi yang lahir melebihi 34 minggu usia kandungan mempunyai 90% peluang untuk hidup.
Adakah bayi pramatang memerlukan penjagaan khas?
Keperluan penjagaan bergantung kepada keadaan dan tahap keseriusan pramatang seseorang bayi. Penjagaan am adalah diperlukan untuk semua bayi pramatang:
  • Mengawal suhu badan
    • Perlu dirawat di dalam inkubator atau di bawah pemanas radian (seperti yang dalam gambar).
  • Memeriksa tahap gula dalam badan
    • Untuk mengesan dan merawat tahap gula sama ada tinggi atau rendah.
  • Pembekalan Nutrisi
    • Bayi yang hampir matang iaitu melebihi 35 minggu yang mana dalam keadaan sihat selalunya boleh diberi penyusuan ibu secara eksklusif. Untuk bayi yang lebih pramatang selalunya memerlukan susu formula sebagai tambahan pada peringkat awal umurnya.
  • Mengelakkan dari jangkitan
    • Mencuci tangan adalah perkara asas yang penting sebelum dan selepas merawat bayi.
Rawatan khas bergantung kepada keadaan bayi dan komplikasi yang dialami. Contohnya:
  • Ventilasi dan rawatan serakan terapi untuk masalah pernafasan.
  • Pemantauan yang rapi untuk bayi yang menerima oksigen terapi.
  • Pemberian cairan dan elektrolit untuk bayi yang tidak sihat.
  • Parenteral nutrisi (Nutrisi yang diberi terus ke dalam saluran darah) diberi kepada bayi yang tidak boleh menerima susu melalui usus. Perahan susu badan atau susu formula selalunya diberi melalui tube orogastrik kepada bayi pramatang yang mana boleh menerima susu secara enteral.
  • Antibiotik diberi sekiranya disyaki atau pasti ada jangkitan.
  • Ultrabunyi dilakukan pada otak untuk mengesan dan merawat perdarahan dalam otak atau lain-lain yang tidak normal.
  • Saringan untuk penyakit retina (rop) mata,rawatan laser atau terapi crayo akan diberi pada bayi yang mempunyai masalah mata yang serius.
  • Bayi yang mempunyai penyakit paru-paru yang kronik dan boleh dirawat di rumah, bekalan oksigen perlu disediakan di rumah.
Isu Etika
  • Kaunseling dan sokongan pada ibu bapa adalah penting bagi membantu ibubapa dalam menangani dan memahami bayi mereka dan menjelaskan kedudukan yang sebenar.
  • Menangguhkan dan memberhentikan rawatan rapi hendaklah diambil kira untuk bayi (usia kandungan).
  • Peluang bayi dalam kumpulan ini untuk hidup sempurna amat tipis. Bayi yang dijangkakan selamat juga akan mengalami risiko kecacatan neurologi. Adalah dianggarkan 20% daripada bayi yang usia kandungan 25 minggu yang mana selamat 80% daripadanya akan mengalami kelemahan pada sistem neurologi.
Bolehkah sesuatu kelahiran bayi pramatang dielakkan?
Langkah-langkah pencegahan mengelakkan kelahiran pramatang :
  • Wanita yang mengandung tidak digalakkan mengambil rokok, dadah dan alkohol.
  • Jagaan pra kehamilan wanita mengandung yang mempunyai masalah perubatan yang kronik contoh kencing manis.
  • Kurangkan pemindahan janin untuk mengurangkan kandungan kembar dalam teknik kesuburan.
  • Penjagaan awal antenatal dan berkala dapat mengesan dan merawat awal untuk mencegah komplikasi.
Mengurangkan risiko komplikasi untuk bayi pramatang:
  • Menggunakan corticosteroid semasa mengandung apabila menjangkakan kelahiran pramatang akan berlaku, kelajuan kematangan paru-paru dan mengurangkan risiko, RDS, IVH, NEC dan kematian bayi.
  • Penggunaan tocolytic digunakan untuk melambatkan proses kelahiran untuk beberapa hari bagi memberi peluang steroid untuk bertindak balas sebelum kelahiran berlaku
  • Pengurusan dan penjagaan yang optima di bilik bersalin dan di unit neonatal adalah amat baik untuk mendapatkan hasil yang baik.
Pemulihan adalah aspek yang penting dalam rawatan?
Semasa discas nasihat berkaitan perlu diberikan:
  • Perlu meneruskan apa sahaja ubatan yang diberi termasuklah vitamin dan zat besi.
  • Pemakanan yang diperlukan oleh bayi. Kesabaran adalah diperlukan dalam memberi penyusuan kepada bayi pramatang. Mereka selalunya lambat dalam menghisap susu. Susu badan adalah yang paling baik tetapi jika menggunakan susu formula hendaklah menggunakan susu formula pramatang untuk memastikan nutrisi yang diberi menepati tahap maksima pada bayi pramatang.
  • Mengikut jadual pelalian yang rutin untuk kanak-kanak.
  • Menjauhkan tempat yang sesak untuk mengelakkan kanak-kanak mendapat jangkitan seperti batuk atau selesema.
Temu janji untuk bayi pramatang
  • Untuk menilai tahap pertumbuhan dan perkembangan.
  • Merawat komplikasi.
Sesetengah kanak-kanak akan memerlukan:
  • Fisioterapi, terapi cara kerja dan lain-lain terapi.
  • Pendidikan khas

Kesihatan Bayi Baru Lahir


Ambiguous Genitalia

Introduction
Ambiguous genitalia, also called the disorder of sex development, is a condition when a child’s external sex organs are not clearly male or female. The infant may appear different than expected. The parents of infants who have ambiguous genitalia can get help from the healthcare team to assist them decide what is best for their children. Always remember that you are not alone. Work closely with your health care team.
Signs and Symptoms
A child’s sex can normally be determined at birth by the appearance of the external genitalia. However, this may not be obvious in some children because the child’s genitals did not develop properly.
There are various causes of ambiguous genitalia. One of the causes is congenital adrenal hyperplasia (CAH). It is important to rule out CAH in any newborn with ambiguous genitalia because an undiagnosed infant may encounter a life-threatening event during early infancy period (between 1 week to 3 months of age).
Infants with classical CAH have ambiguous genitalia, dark/pigmented skin/lips/nipples/nail beds (Picture 1), feeding intolerance and poor weight gain. They have excess male hormones (testosterone) and lack hormones like cortisol and aldosterone, which is needed to maintain water and electrolyte (sodium and potassium) balance. Without treatment with appropriate hormones, these patients may die of salt wasting and dehydration during early infancy.
Aetiology
Before a child is born, many steps must occur during development in the mother’s womb to determine a baby’s sex. The father and mother’s DNA combine to form a male or female embyo. A female embyo will have 46,XX as the genetic component while a male embyo will have 46,XY.
Each embryo starts out with 2 gonads and no sexual organ yet at this early stage. The gonads eventually develop into ovaries in a female and testes in a male (genetic abnormities can cause abnormal gonadal development). Then, other reproductive organ such as uterus in females starts to form. The testes in males will gradually descend from the abdomen to the scrotum. The external genitalia, ie the vagina or penis, begin to form around 6 weeks of life in the mother’s womb. Genetic or hormonal defects can result in various abnormalities of the external genitalia (Picture 2). It is important to understand that parents did not do anything wrong during pregnancy to cause ambiguous genitalia in their child. Certain factors (genetic, hormonal or other unknown factors) have disrupted the normal development of the child’s sex organs while in the womb.
Investigations
It is of utmost importace to assign the most appropriate gender before your child is named and thus the routine birth registration must be delayed. A letter from the health care team will be issued to the birth registration department to explain the delay. To decide the most appropriate sex assignment for the child, various factors must be taken into consideration, which include medical, social and to some extent religious factors. Various tests are done in a specialized medical center to have a better understanding about the child’s sex development while in the womb. Tests may include the following:
  1. Chromosome study to determine whether the genetic make up of the child is 46,XX or 46,XY.
  2. Ultrasound to visualize the internal sex organs (uterus or intra-abdominal gonads). Please note that the uterus in a newborn baby may not be easily visualized and therefore the inability to visualize it by ultrasonography does not necessarily indicate absence of uterus.
  3. Genitogram to help identify the internal sex organ (eg. uterus), and to delineate the genital tracts (vagina and urethra) (Picture 3). This procedure involves the insertion of a soft catheter (urinary catheter) through the urethra for introduction of a special dye into the genital tracts, followed by radiography.
  4. Biochemical tests and various hormonal tests to understand the hormonal status of the child.
Complication
The decision-making is extremely difficult for both doctors and parents when a child is born with ambiguous genitalia. Everyone involved wants to make the best decision for the child. The best decision will be the one which proves to be right in the long term and which corresponds most closely to the individual's deepest sense of self as an adult.
However, faced with parents' strong emotions, it may be tempting to operate away the problem soon after birth. Parents should be aware that they might face bitter resentment if their grown-up children are not content with their surgery or their assigned role. Therefore, parents should not have the impression that one quick operation will put things right forever. They must work closely with the health care team.
Tips for Parents:
  1. It is important to discuss openly with the health care team and any doubt or concern raised be clarified with them.
  2. It is important to be patient regarding the sex assignment in your child. Do not rush into making decision without proper investigations by the health care team. Work closely with your health care team to understand the various factors influencing a child’s gender, which is not determined just by the appearance of the external genitalia. Learn more about your baby so that you can decide the best sex in which to raise your child. This will help your child to live a happy and normal life.
Treatment
The health care team include some or all of these members:
Paediatric Endocrinologist: A doctor who specializes in diagnosing and managing conditions related to hormones, is the key member in the team.
Pediatric surgeon specializes in genital surgery: A doctor who specializes in surgery of the female and male genital tracts in children.
Psychologist: A specialist who helps your child and family cope with emotional stress encountered while dealing with your child’s condition.
Social worker: A dedicated trained person to help you cope with social and financial issues arising from your child’s condition.
Genetic specialist: A specialist who can help determine whether what caused your child’s condition is genetic (runs in your family). This will help you understand whether your future pregnancy is more likely to be affected by ambiguous genitalia.
Treatment depends on the type of disorder a child has. Some conditions are treated with surgery, which may involve reconstructing external genitalia or removing internal sex organ.
In some cases, more than one surgery is needed. Sex hormones to induce secondary sexual characteristics in males and females may be needed in some children around the age of 12 years. Lifelong sex hormone replacement may be needed in those with hypogonadism (no functional testes or ovary). Oral medications such as hydrocortisone and fludrocortisone must be started timely for patients with ambiguous genitalia due to CAH.
When should surgery be done?
If surgery is needed, your child’s healthcare team will discuss with you when is the best time to operate. In some cases, it is recommended to wait until adolescence. This is to allow your child more time to grow.
Supporting Organizations
Keep in mind the following:
  1. You are not alone. Members of your child’s healthcare team will help guide you.
  2. Treatment is available. Counseling, medication, and surgery can help your child live a normal life.
  3. There are things you can do to help your child get a good start. Ask your child’s healthcare team for suggestions.
It is normal for parents to be emotional at the start. You may be worried thinking about your baby’s future. You may feel pressured to decide the sex of your child right away.
Remember that you have time to make this decision. Most importantly, remember that your child needs to be accepted, loved, and comforted. Learn to accept your child as he/she is and that no human beings are perfect. You should also get support for yourself.
Counselors/psychologists are available to help and support you in time of stress.
Picture 1: Ambiguous genitalia and hyperpigmented nail-beds in an infant with congenital adrenal hyperplasia
Picture 2. Differential virilisation/masculinization of the external genitalia using the staging system of Prader, from normal female (left) to normal male (right). Side view (upper panel) and horizontal cross sectional (lower panel) views shown.
Picture 3: Genitogram showing urinary bladder and urogenital sinus