Resepi ini dipanggil Siagal di mana Ikan yu direbus terdahulu kemudian dimasak.Resepi ini saya belajar dari mentua saya.Masakan Ini sangat popular di kalangan suku kaum irranun yang mana salah satu suku kaum yang terdapat di sabah.
Bahan-bahan:
Bahan A
Ikan yu bersaiz kecil
garam
Perasa
Bahan B
Bawang merah
Bawang putih
Cili Padi
Cili Putih/Lada {Putih
Minyak masak
Kunyit hidup
Halia
Asam Gelugur
Cara-cara untuk memasak:
1) Rebus ikan yu sehingga empuk kemudian hancurkan ikan yu
2) Kisar atau tumbuk bahan-bahan B sehingga lumut
3) Masukkan ikan yu yang telah dihancurkan ke dalam periuk atau kuali
4) campurkan bahan-bahan yang telah di tumbuk tadi dengan ikan yu di dalam kuali
5) Gaul sehingga bahan-bahan tersebut sebati dengan sempurna kemudian masukkan minyak ke dalam bahan-
bahan tadi.(agak2 la agar ikan yu tadi jika dimasak tidak akan melekat)
6) kemudian letak Garam,Perasa dan asam gelugur
7) Masak ikan tadi sehingga menjadi sebati kemudian boleh la hidang dengan nasi..
*Jika ada sebarang komen tentang masakan ni sila kan beri komen anda kerana saya juga budak baru belajar.Jika ada tersilap mohon diperbetulkan...
No comments:
Post a Comment